Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan
"al-fath" (الفاتح) seperti Surah
al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar"
yang dilahirkan pada 30 Maret 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di
Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian
dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar
Byzantine.
Muhammad II dilahirkan di Edirne
yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya
adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak
perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang
sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai
kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin)
pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk
selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan
Islam dalam Perang Salib)
dan SultanSaifuddin Muzaffar
Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang
tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah
diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya
(yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah
sebaik-baik tentera.”
|
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan
ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik &
strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah
pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana
merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk
Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda
jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam
keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal
Ataturk kepada Istanbul.
Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih
tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka
tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al
Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib
sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Usaha Sulthan dalam Menaklukkan Konstantinopel
Istanbul atau
yang dulu dikenal sebagai Konstantinopel,
adalah salah satu bandar termasyhur dunia. Bandar ini tercatat dalam tinta emas
sejarah Islam khususnya
pada masa Kesultanan
Utsmaniyah, ketika meluaskan wilayah sekaligus
melebarkan pengaruh Islam di banyak negara. Bandar ini didirikan tahun 330 M oleh Maharaja Bizantium yakni Constantine
I. Kedudukannya yang strategis,
membuatnya punya tempat istimewa ketika umat Islam memulai
pertumbuhan di masa Kekaisaran Bizantium. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga
telah beberapa kali memberikan kabar gembira tentang penguasaan kota ini ke
tangan umat Islam seperti
dinyatakan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada perang Khandaq.
Para khalifah dan
pemimpin Islam pun
selalu berusaha menaklukkan Konstantinopel.
Usaha pertama dilancarkan tahun 44 H di zaman Mu'awiyah bin Abi Sufyan Radhiallahu 'Anhu.
Akan tetapi, usaha itu gagal. Upaya yang sama juga dilakukan pada zaman Khilafah Umayyah.
Di zaman pemerintahan Abbasiyyah,
beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk di zaman
Khalifah Harun
al-Rasyid tahun 190 H.
Setelah kejatuhan Baghdad tahun 656 H, usaha menawan Kostantinopel diteruskan
oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Timur (Anatolia)
terutama Kerajaan Seljuk.
Pemimpinnya, Alp
Arselan (455-465 H/1063-1072 M) berhasil mengalahkan Kaisar
Roma, Dimonos (Romanus
IV/Armanus), tahun 463 H/1070 M.
Akibatnya sebagian besar wilayah Kekaisaran Roma takluk di bawah pengaruh Islam Seljuk.
Awal kurun ke-8 hijriyah, Daulah
Utsmaniyah mengadakan kesepakatan bersama Seljuk.
Kerjasama ini memberi napas baru kepada usaha umat Islam untuk
menguasai Konstantinopel.
Usaha pertama dibuat di zaman Sulthan Yildirim
Bayazid saat dia mengepung bandar itu tahun 796 H/1393 M.
Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Bayazid untuk memaksa Kaisar Bizantiummenyerahkan Konstantinople secara
aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya menemui kegagalan karena datangnya
bantuan dari Eropa dan
serbuan bangsa Mongol di
bawah pimpinanTimur Lenk.
Selepas Daulah Utsmaniyyah mencapai
perkembangan yang lebih maju dan terarah, semangat jihad hidup
kembali dengan napas baru. Hasrat dan kesungguhan itu telah mendorong SultanMurad II (824-863
H/1421-1451 M) untuk meneruskan usaha menaklukkan Kostantinopel. Beberapa usaha berhasil dibuat untuk mengepung kota itu
tetapi dalam masa yang sama terjadi pengkhianatan di pihak umat Islam. Kaisar Bizantium menabur benih fitnah dan
mengucar-kacirkan barisan tentara Islam. Usaha Sultan Murad II tidak
berhasil sampai pada zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih (Mehmed II),
sultan ke-7 Daulah Utsmaniyyah.
Semenjak kecil, Sultan Muhammad
Al-Fatih telah mencermati usaha ayahnya menaklukkan Konstantinopel.
Bahkan beliau mengkaji usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke
arah itu, sehingga menimbulkan keinginan yang kuat baginya meneruskan cita-cita
umat Islam. Ketika beliau naik tahta pada tahun 855 H/1451 M,
dia telah mulai berpikir dan menyusun strategi untuk menawan kota bandar tadi.
Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih terletak pada ketinggian pribadinya. Sejak kecil,
dia dididik secara intensif oleh para 'ulama terulung di zamannya. Di zaman
ayahnya, yaitu Sultan Murad II,
Asy-Syeikh Muhammad bin Isma'il Al-Kurani telah
menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Sultan Murad II telah
menghantar beberapa orang 'ulama untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi
tidak diterima oleh Amir Muhammad. Lalu, dia menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani
dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika membantah
perintah gurunya.
Waktu bertemu Amir Muhammad dan
menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh Sulthan, Amir Muhammad tertawa. Dia
lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani. Peristiwa ini amat berkesan pada diri
Amir Muhammad lantas setelah itu dia terus menghafal Al-Qur'an dalam waktu yang singkat. Di samping
itu, Asy-Syeikh Ak
Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang
hakiki. Dia mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu agama seperti Al-Qur'an, hadits, fiqih, bahasa (Arab, Parsi dan Turki), matematika, falak, sejarah, ilmu peperangan dan sebagainya.
Syeikh Ak
Samsettin lantas meyakinkan Amir Muhammad bahwa dia adalah orang yang
dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam di
dalam hadits pembukaan Kostantinopel. Ketika naik takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh
Semsettin untuk menyiapkan bala tentara untuk penaklukan Konstantinopel.
Peperangan itu memakan waktu selama 54 hari. Persiapan pun dilakukan. Sulthan
berhasil menghimpun sebanyak 250 ribu tentara. Para mujahid lantas diberikan
latihan intensif dan selalu diingatkan akan pesan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam terkait
pentingnya Konstantinopel bagi kejayaan Islam.
Setelah proses persiapan yang
teliti, akhirnya pasukan Sultan Muhammad Al-Fatih tiba di kota Konstantinopel pada hari Kamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6 April 1453 M. Di hadapan tentaranya, Sulthan Al-Fatih lebih dahulu
berkhutbah mengingatkan tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat
dan harapan kemenangan di hadapan Allah Subhana Wa
Ta'ala. Dia juga membacakan ayat-ayat Al-Qur'an mengenainya serta hadis Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tentang
pembukaan kota Konstantinopel.
Ini semua memberikan semangat yang tinggi pada bala tentera dan lantas mereka
menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala.
Sultan Muhammad Al-Fatih pun
melancarkan serangan besar-besaran ke benteng Bizantium di
sana. Takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" terus membahana di angkasa Konstantinopel seakan-akan meruntuhkan langit kota
itu. Pada 27 Mei 1453,
Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tentaranya berusaha keras membersihkan diri di
hadapan Allah Subhana Wa Ta'ala.
Mereka memperbanyak salat, doa, dan dzikir. Hingga tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jumadil Awal 857 H atau bertepatan dengan tanggal 29 Mei 1453 M,
serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan
suara takbir kalimah tauhid sambil
menyerang kota. Tentara Utsmaniyyah akhirnya
berhasil menembus kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne dan
mereka mengibarkan bendera Daulah Utsmaniyyah di
puncak kota. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentara
Al-Fatih, akhirnya berjaya mengantarkan cita-cita mereka.
Penaklukan di Asia
Setelah penaklukan Konstantinopel Mehmed ii mengalihkan perhatiannya
kepada anatolia. Mehmed ii berusaha untuk membuat suatu kekuatan politik di
anatolia dengan menaklukan negara turki bernama Beyliks dan
Kekaisaran Trebizond yang berbudaya yunani. Untuk itu ia telah beraliansi
dengan Kerajaan Krimea. Sebelumnya anatolia sudah disatukan oleh Bayezid I 50 tahun sebelum apa yang dilakukan
oleh Mehmed ii. Akan tetapi, pada pertempuran Ankara Anatolia
kembali terpecah belah. Penaklukan Anatolia atas Kesultanan
Utsmaniyah membuat kesultanan ini menjadi semakin menekan eropa.
Kutipan atas Mehmed II
·
"Konstantinopel akan
ditaklukkan oleh tentara Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja &
tentaranya adalah sebaik-baik tentara" (Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam)
·
"Abdullah bin Amru bin Al-Ash
berkata, "bahwa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk
menulis, tiba-tiba beliau SAW ditanya tentang kota manakah yang akan futuh
terlebih dahulu, Konstantinopel atau Roma. Rasulullah SAW menjawab, "Kota
Heraklius terlebih dahulu (Konstantinopel)" (Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam)
·
"Aku mendengar baginda
Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah
tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang
membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentara
seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda" (Abu Ayyub al-Anshari ra. kepada panglima Bani Umayyah)
Sultan Utsmaniyah
1444–46 1451–81 |
0 komentar:
Posting Komentar