Muhammad bin Abdullah (570 M-8 Jun 632 M) nama ini tidak asing lagi terdengar di telinga kita. Sebagai mahasiswa yang berintelektual maka merupakan kewajiban untuk mengenal beliau. Beliau merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi
umat Islam. Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan
Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.
Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran
nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan
nabi-nabi yang lain.
Muhammad dilahirkan di Makkah, Semenanjung
Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda
dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara
baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai
pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika
berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid
(40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang
pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua
Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka
kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan
hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa
maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup yang diterima Allah saja.
Muhammad menerima beberapa orang
pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang
dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk
Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah
menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan
pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai
Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan
permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah
menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan
penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah
serta menakluknya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung
berhala yang terdapat di Makkah.[10] Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas
peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu
meninggal dunia. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di
bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam
Dalam hal kepemimpinan, baginda adalah seorang yang tegas dan selalu hidup bersama ummat, kejujuran dan keberaniannya menjadikannya menjadi urutan pertama manusia yang sangat berpengaruh untuk dunia.
Berikut adalah biodata baginda
Nama : Muhammad Bin Abdullah
Lahir : 570/571 Masehi di Makkah Jazirah Arab (sekarang Saudi Arabia)
Meninggal : 8 Juni, 632 (umur 63) di Madinah, Jazirah Arab (kini Arab Saudi)
Nama panggilan : Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim
Dikenal karena : Pembawa agama Islam
Agama : Islam
Orang tua : Ayah: ‘Abdullāh Bunda: Āminah
Sumber : Diadaptasi dari Tokoh Wikipedia
Nama panggilan : Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim
Dikenal karena : Pembawa agama Islam
Agama : Islam
Orang tua : Ayah: ‘Abdullāh Bunda: Āminah
Sumber : Diadaptasi dari Tokoh Wikipedia
0 komentar:
Posting Komentar